SEJARAH MASJID AL-AQSA


Disclaimer: Bahan pengkongsian ini adalah daripada sumber buku bertajuk Sejarah Baitul Maqdis. Semoga bahan bacaan yang dikongsi ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

  • PEMBINAAN MASJID AL-AQSA
Tarikh sebenar pembinaan Masjid Al-Aqsa tidak diketahui dengan tepat. Namun, dinyatakan dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W. bahawa pembinaannya adalah selama 40 tahun selepas pembinaan Kaabah.

Diriwayatkan daripada Abu Dzar, beliau berkata

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Manakah masjid yang mula-mula dibina dibumi? 
Baginda berkata: Masjidil Haram. 
Aku berkata: Kemudian apa? (Baginda) berkata: Masjid al-Aqsa. 
Aku berkata: Berapa lama antara kedua-dua? 
(Baginda) berkata: Empat puluh tahun.

Masjidil Haram telah dibina sebelum zaman Nabi Ibrahim a.s., bahkan tapak untuk pembinaannya telah wujud seperti yang dinyatakan dalam kisah Nabi Ismail a.s. Ahli-ahli sejarah berbeza pendapat mengenai pihak yang mula-mula membina Masjid al-Aqsa.

Malah, Nabi Ibrahim a.s. tidak membina Kaabah tetapi baginda hanya mengangkat atau membina semula Kaabah mengikut reka bentuk yang sedia ada.

Nama lain bagi Kaabah
Kaabah mendapat namanya daripada perkataan 'Kaab' bermaksud empat segi. Orang Inggeris, Melayu dan Arab menggunakan istilah ini. Kaabah juga disebut sebagai 'Rumah Pertama' yang terdapat dalam surah Ali-Imran ayat 96. 'Rumah Pertama' ini merujuk sebagai tempat yang digunakan manusia untuk beribadat kepada Allah. Selain itu, nama lain yang diberikan kepada Kaabah adalah 'Rumah Tua' kerana ia adalah tempat tertua dalam sejarah yang dibina untuk beribadat kepada Allah.


Pembinaan Masjid al-Aqsa pulah telah dilakukan pada zaman Nabi Adam a.s. atau semasa zaman anak-anaknya. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan pendapat ulama. Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:

Sesungguhnya kami telah meriwayatkan bahawa orang yang pertama membina Kaabah adalah Adam. Kemudian anak-anaknya bertebaran di atas muka bumi. Maka tentu salah seorang anak baginda yang meletakkan asas pembinaan Masjid al-Aqsa.

Beliau menambah:

Sesungguhnya aku telah mendapati apa yang boleh menjadi penguat dan penyokong pendapat yang mengatakan sesungguhnya Adam a.s. adalah orang pertama yang mengasaskan kedua-dua masjid.

Oleh itu, permulaan pembinaan Masjid al-Aqsa terjadi beribu-ribu tahun sebelum zaman Daud a.s. dan Sulaiman a.s.

Selain itu, bangsa Kan'an (1,550 hingga 3,000 SM) turut meninggalkan sisa tamadun mereka di dinding Masjid al-Aqsa.

Kemudian Nabi Ibrahim berhijrah ke kota al-Quds. Baginda membaiki Masjid al-Aqsa dan bersolat di masjid ini. Begitu juga dengan anaknya, Nabi Ishak dan cucunya, Nabi Yakub a.s.

Apabila Saidina Umar bin al-Khattab r.a. memasuki Baitul Maqdis pada tahun 17H, beliau telah mengarahkan pembinaan struktur asas masjid di atas kawasan yang dipercayai sebagai bekas tapak Masjid al-Aqsa. Kerja-kerja pembinaan Masjid al-Aqsa dimulakan pada tahun berikutnya dengan menggunakan kayu.

Selepas Muawiyah bin Abu Sufyan menjadi khalifah, beliau telah memperbesarkan masjid ini sehingga boleh memuatkan 3,000 orang jemaah.

Manakala Khalifah Abdul Malik bin Marwan memulakan pembinaan Msjid al-Aqsa dalam bentuk dan struktur yang baharu. Tetapi kerja-kerja tersebut hanya disiapkan semasa zaman anaknya, al-Walid pada tahun 705M.

Pada tahun 746M, Masjid al-Aqsa telah mengalami kerosakan yang teruk akibat gempa bumi. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah memerintahkan proses membaikpulih Masjid al-Aqsa bermula tahun 754 hingga 771M.

Pada tahun 774M, gempa bumi kedua telah menggegarkan Masjid al-Aqsa dan memusnahkan kebanyakan bahagian masjid kecuali bahagian selatan. Pada tahun 780M, Masjid al-Aqsa telah dibina semula oleh Khalifah Muhammad al-Mahdi dengan sedikit penambahan pada kelebaran dan pengurangan pada panjangnya.

Pada tahun 1033M atau 424H, sekali lagi Masjid al-Aqsa telah mengalami kerosakan yang teruk akibat gempa bumi. Usaha-usaha baik pulih dilakukan semasa Khalifah Fatimiyyah, al-Zahir yang siap antara tahun 1034M dan 1036M. Struktur kini adalah hasil kerja-kerja pengubahsuaian semula zaman beliau,

Pada tahun 1099M, tentera Salib telah menguasai al-Quds, ketika Perang Salib Pertama. Pada mulanya tentera Salib menggunakannya sebagai istana kerajaan dan kandang kuda.

Kemudian, pada tahun 1119M, masjid ini dijadikan ibu pejabat The Knight Templar. Sepanjang tempoh ini, Masjid al-Aqsa telah mengalami beberapa perubahan iaitu perluasan bahagian utara dan penambahan mihrab gereja serta dinding pemisah.

Mereka juga telah membina biara paderi dan gereja di sini. The Knights Templar juga membina kubu-kubu bawah tanah di sebelah timur dan barat. Kini, kubu bawah tanah sebelah timur menjadi Muzium Islam dan di sebelah barat sebagai tempat solat wanita.

Selepas Uthmaniyyah mengambil alih kuasa pada tahun 1517M, mereka tidak melakukan sebarang pengubahsuaian atau pembaikan Masjid al-Aqsa, tetapi mereka membuat pembaikan Kompleks Haram al-Syarif secara keseluruhan.

Kerajaan Uthmaniyyah turut membina Pancuran Qasim Pasha (1527M), pemulihan Kolam Rajanj, dan pembinaan tiga buah kubah. Antaranya Kubah Nabi pada tahun 1538M.

Semua pembinaan telah diarahkan oleh gabenor Uthmaniyyah di al-Quds. Sultan-sultan pula membuat penambahan kepada menara yang sedia ada. Pada tahun 1816M, masjid ini telah dipulihkan oleh Gabenor Sulayman Pasha al-Adil.

Pengubahsuaian pertama pada abad ke-20 berlaku pada tahun 1922. Majlis Tertinggi Islam di bawah Amin al-Husyani, Mufti Besar al-Quds memberi tanggungjawab kepada arkitek Turki, Ahmet Kemalettin Bey untuk memulihkan Masjid al-Aqsa dan kesan-kesan sejarah di kawasan persekitarannya.

Kerja baik pulih dilakukan arkitek British, pakar kejuruteraan Mesir, dan pegawai-pegawai tempatan untuk menyelia kerja-kerja pembaikan serta penambahan pada tahun 1924 hingga 1925.

Kerja-kerja pengubahsuaian adalah mengukuhkan asas masjid semasa zaman Umaiyah, membetulkan binaan dalaman, menggantikan rasuk, mendirikan perancah (kayu yang menjadi rangka), memulihara gerbang dan ruang dalaman kubah utama, membina semula dinding selatan, dan menggantikan kayu dalam ruang tengah utama dengan satu kepingan konkrit.

Rasuk: Kayu panjang yang dipaang dari tiang ke tiang untuk menyangga gelegar dan menguatkan binaan.

Kerja-kerja pengubahsuaian telah mendedahkan mozek era Fatimiyyah dan tulisan pada gerbang dalaman yang ditutupi dengan tampalan. 1/4 daripada tingkap kaca berwarna juga telah diperbaharui namun reka bentuk asal zaman Abbasiyyah dan Fatimiyyah dikekalkan.

Seterusnya, sekali lagi Masjid al-Aqsa telah mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi pada tahun 1027 dan 1937. Tetapi ia telah diperbaiki pada tahun 1938 dan 1942.

Pada 21 Ogos 1969, satu kebakaran telah berlaku berpunca daripada seorang pelampau Yahudi Australia bernama Dennis Michael Rohan. Rohan ialah seorang ahli mazhab Kristian evangelis (amalan Kristian Protestan konservatif) dikenali sebagai Worldwide Church of God. Kebakaran itu melibatkan bumbung bahagian timur msjid utama yang runtuh sepenuhnya dan juga mimbar Nuruddin Zanki.

Antara kesan pembakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969


Seorang rakyat Australia, Denis Michael Rohan dikawal ketat oleh pihak polis setelah meninggalkan mahkamah kerana dituduh melakukan percubaan membakar Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969.

Antara kesan pembakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969

Antara kesan pembakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969

Antara kesan pembakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969

Rohan berharap dengan membakar Masjid al-Aqsa akan mempercepatkan kedatangan Nabi Isa, dan seterusnya membuka jalan untuk membina semula Kuil Yahudi di Bukit Suhyun (Zion). Rohan kemudiannya dimasukkan ke hospital sakit mental.

Sebagai tindak balas kepada kejadian itu, sidang kemuncak negara-negara Islam diadakan di Rabat pada tahun yang sama, dihoskan oleh Raja Faisal dari Arab Saudi. Kebakaran al-Aqsa dianggap sebagai salah satu pemangkin pembentukan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1972.

Pada tahun 1980-an, Ben Shoshan dan Yehuda Etzion, kedua-dua anggota Emunim Bawah Tanah Gush (gerakan Messiah Yahudi) merancang untuk meletupkan Masjid al-Aqsa dan Kubah Batu.

Yehuda Etzion

Yehuda Etzion

Yehuda percaya perbuatan ini membawa kebangkitan rohani di Israel sekaligus menyelesaikan semua masalah rakyat Yahudi. Mereka juga berharap kuil ketiga akan dibina di lokasi masjid. Namun, rancangan ini digagalkan oleh pihak polis.

Pada 28 September 2000, pemimpin pembangkan Israel, Ariel Sharon dan ahli-ahli Parti Likud bersama-sama 1,000 orang pengawal bersenjata melawat kawasan al-Aqsa.

Keadaan semasa Ariel Sharon melawat al-Aqsa. 

Keadaan semasa Ariel Sharon melawat al-Aqsa. 

Keadaan semasa Ariel Sharon melawat al-Aqsa. 

Keadaan semasa Ariel Sharon melawat al-Aqsa. 

Lawatan ini menyebabkan demonstrasi besar-besaran oleh rakyat Palestin yang membantah lawatan itu. Hasilnya tercetus kebangkitan Intifadah selama 5 tahun oleh rakyat Palestin.

Pada 5 November 2014, polis Israel memasuki Masjid al-Aqsa buat kali pertama sejak menguasai Baitul Maqdis pada tahun 1967. Laporan media menyebut mereka 'menyebu al-Aqsa'. Namun sebenarnya mereka hanya berada di perkarangan Haram al-Sharif sahaja.

Nama al-Aqsa ini membawa maksud paling jauh kerana kedudukan masjid tersebut yang paling jauh di antara ketiga-tiga buah masjid terpenting dalam Islam.





Comments

Popular posts from this blog

I tell you: REVIEW SYMA COFFEE