Posts

Showing posts from December, 2017

SEJARAH MASJID AL-AQSA

Image
Disclaimer: Bahan pengkongsian ini adalah daripada sumber buku bertajuk Sejarah Baitul Maqdis. Semoga bahan bacaan yang dikongsi ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. PEMBINAAN MASJID AL-AQSA Tarikh sebenar pembinaan Masjid Al-Aqsa tidak diketahui dengan tepat. Namun, dinyatakan dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W. bahawa pembinaannya adalah selama 40 tahun selepas pembinaan Kaabah. Diriwayatkan daripada Abu Dzar, beliau berkata Aku berkata: Wahai Rasulullah! Manakah masjid yang mula-mula dibina dibumi?  Baginda berkata: Masjidil Haram.  Aku berkata: Kemudian apa? (Baginda) berkata: Masjid al-Aqsa.  Aku berkata: Berapa lama antara kedua-dua?  (Baginda) berkata: Empat puluh tahun. Masjidil Haram telah dibina sebelum zaman Nabi Ibrahim a.s., bahkan tapak untuk pembinaannya telah wujud seperti yang dinyatakan dalam kisah Nabi Ismail a.s. Ahli-ahli sejarah berbeza pendapat mengenai pihak yang mula-mula membina Masjid al-Aqsa. Ma...